Friday, 3 May 2013

Contoh RPH


Rancangan Pengajaran Satu
Mata pelajaran : Bahasa Malaysia
Kelas  :  2
Masa  :  11.05 pagi - 12.05 tgh. ( 1 jam)
Kehadiran murid  :  20 orang
Tajuk  :  Binatang Kesayangan Saya
Kemahiran  :  Perbincangan mengenai ciri- ciri binatang kesayangan saya
Pengetahuan sedia ada  :  Murid pernah melihat dan memelihara binatang kesayangan di tempat kediaman  mereka ataupun melalui televisyen.
Objektif pengajaran :-
Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat,
1. Membaca teks binatang kesayangan saya dengan sebutan dan intonasi yang betul.
2. Menyenaraikan 5 kata seerti yang terdapat dalam teks dengan betul.

Kemahiran berfikir                       : Membanding beza, menyenaraikan, mengesahkan sumber maklumat  dan menyelesaikan masalah
Bahan bantu mengajar                  : Teks bacaan , gambar binatang jinak , lembaran kerja Kertas mahjong dan pen marker, kamus
Penerapan nilai murni                   : 1. Kasih sayang 2. Bertutur dengan sopan  3. Mendengar teliti  4. Bekerjasama
Strategi P&P :
Bersoaljawab, Inkuiri Induktif dan Perbincangan





Saturday, 27 April 2013

Pantun untuk guru

Hati yang perit serah-serahi,
Buat luahan jantung karangan;
Sayangkan murid marah-marahi,
Muka kasihan ditunjuk jangan.

Longan, ciku, kuih bahulu,
Asam jawa, buah pulasan;
Jangan cikgu memilih bulu,
Biar semua dapat balasan.

Cucur badak di kedai nenek,
Murahnya harga dapat berjimat;
Ajar budak akhlak yang baik,
Dunia dibangga, akhirat selamat

Makanlah sagu desa Kerinchi,
Menyabit di hutan Kampung Kepayang;
Bukanlah cikgu berasa benci,
Cubit dan rotan penghubung sayang.

Pulang pemburu dengan riangnya,
Dapat menghambat si anak rusa;
Berjuang guru dengan ilmunya,
Menobat martabat si anak bangsa.

Buat sempadan darinya parit,
Guna menghadang orang seludup;
Guru teladan kepada murid,
Diikut dipandang di dalam hidup.

Makcik Siti menenun gebar,
Untuk si adik lena berangan;
Cikgu mesti banyak bersabar,
Tugas mendidik bukannya ringan.

Pinjamlah nyiru rumah Pak Alang,
Untuk mengisi si buah pala;
Jasanya guru bukan kepalang,
Mengajar mengenal ilmu segala.

Berjalan kaki ke Pekan Sialang,
Ingin membeli cincin suasa;
Doktor, hakim, pemimpin terbilang,
Bermulanya dari guru biasa.

Tasik Aru airnya tenang,
Tempat melihat si burung undan;
Jasa guru tetap dikenang,
Selagi hayat dikandung badan.

Ayu semarak di sisi bonda,
Kekal berseri jambangan gelora;
Guru pencorak generasi muda,
Bakal mengisi kepimpinan negara.

Jiwa derita batin merana,
Kenangan silam tiada ceria;
Guru pelita penerang buana,
Menyuluh kelam dengan cahaya.

Unit 10 Kami Selamat ( powerpoint )

http://www.scribd.com/doc/138230416/unit-10b-Kami-Selamat

http://www.scribd.com/doc/138230204/Unit-10-Kami-Selamat

http://www.scribd.com/doc/138230472/UNIT-10c-Kami-Selamat

http://www.scribd.com/doc/138230660/unit-10d-Kami-Selamat