Saturday, 30 March 2013

HIKAYAT SANG KANCIL DAN BUAYA


Dalam sebuah hutan,tinggal seekor kancil dan buaya.Pada suatu hari,sedang sang kancil bermain-main ditepi sungai,tiba-tiba dia berasa sungguh dahaga dan juga lapar.
Di seberang sungai,sang kancil ternampak sepohon pokok dengan buah buahan yang masak ranum.Tapi sang kancil tidak pandai berenang.
"erm,lapar sungguh rasanya.apa yang perlu aku buat untuk menyeberangi sungai ini"sang kancil mula mencari akal.Sang kancil ternampak buaya dan adik beradiknya sedang bermandi manda di tepi sungai.Tanpa membuang masa dia pun Ia meminta buaya-buaya di sungai itu beratur menjadi jambatan supaya ia dapat menyeberangi sungai itu dengan alasan hendak membilang jumlah buaya di dalam sungai dengan titah Raja Sulaiman.
Sang kancil pun berpura-pura membilang kepala sang buaya."satu,dua,tiga,..dan seterusnya.Setelah sampai ditebing sungai,sang  kancil pun terus memakan buah yang masak ranum itu tanpa menghiraukan sang buaya.
Sang buaya merasa tertipu dan ingin membalas dendam.Buaya-buaya itu mula berpakat untuk mengenakan sang kancil.Keesokan harinya,sang kancil bermain-main lagi di tepi sungai.Sang kancil berasa dahaga.Dia pun meminum air di sungai itu.

Sang buaya sudah lama memerhatikan sang kancil.Tanpa membuang masa,sang buaya terus menangkap kaki sang kancil. Walaupun cemas, sang kancil cuba bertenang. Ia mencari akal. Akhirnya ia memberitahu buaya bahawa yang ditangkap si buaya bukan kakinya melainkan ranting buluh.
Sang buaya terus percaya dan melepaskan kaki sang kancil yang disangkanya ranting kayu.Maka terlepaslah sang kancil dari dibaham buaya.
Begitulah cerita tentang sang kancil dan buaya.Walaupun Sang kancil hanyalah seekor haiwan yang kecil dan lemah tapi dek kerana kebijaksanaan dan kecerdasan akalnya,dia selalu selamat daripada masalah. Hanya dengan menggunakan akal, ia dapat terus hidup dan memperdaya banyak binatang lain yang lebih besar dan gagah.










No comments:

Post a Comment