Tuesday, 9 April 2013

Kata Kerja


Kata Kerja Transitif dan Kata Kerja Tak Transitif

Minda Kreatif



 • Buat perbandingan antara Kelas A dengan Kelas B.
• Jika kamu merupakan murid Kelas B, apakah yang harus kamu lakukan?
• Bagaimanakah caranya untuk menceriakan kelas kamu?
• Hasilkan suatu rekaan yang dapat digunakan sebagai hiasan di dalam kelas kamu.

Rujukan

Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Murid-murid Tahun Enam Cemerlang mula mengatur rancangan. Semangat mereka berkobar-kobar. Janji Guru Besar semasa perhimpunan pagi tadi masih terlekat di telinga mereka. Dalam hati mereka terukir satu harapan. Mereka mahu memenangi hadiah pelancongan ke Tanah Tinggi Cameron.
“Kita mesti menang dalam pertandingan ini,” kata Najib kepada kawan-kawan sekelasnya.
“Apa yang harus kita lakukan sekarang, Najib? tanya Sahlan. Dia serta murid-murid Tahun Enam Cemerlang yang lain sudah memasang angan-angan. Mereka mahu menikmati keindahan alam di pusat peranginan tanah tinggi itu.
“Beginilah. Saya akan mengagih-agihkan tugas yang perlu kita lakukan.
Siva dan Mariam, kamu bertanggungjawab terhadap kebersihan kelas
kita. Pilihlah sepuluh orang murid di kelas kita untuk membantu kamu. Tugas kamu berdua ialah memastikan lantai, tingkap, dan papan hitam sentiasa bersih. Selain itu, kerusi dan meja mestilah sentiasa tersusundengan baik,” kata Najib.
“Bagaimana dengan murid-murid yang lain?” tanya Harlina pula.
“Saya serta dua belas orang murid yang selebihnya bertanggungjawab menghias dan menceriakan kelas kita. Hal ini termasuklah menyediakan langsir, alas meja, pokok bunga, dan sebagainya. Selain itu, kami akan sentiasa mengemaskinikan papan kenyataan di belakang kelas supaya kelihatan ceria dan menarik,” jawab Najib lagi.
menikmati- Kata Kerja Transitif , tersusun - Kata Kerja Tak Transitif
• Kata kerja ialah kata yang menunjukkan perbuatan yang dilakukan oleh manusia, binatang atau benda.
• Kata kerja terbahagi kepada kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.
• Kata kerja transitif mesti diikuti oleh, iaitu kata nama.
• Kata kerja tak transitif tidak perlu diikuti oleh objek kerana kata kerja ini boleh berdiri sendiri dalam ayat.
1Mengapakah murid-murid Tahun Enam Cemerlang mula mengaturrancangan?
A
Mereka mahu menyertai pertandingan yang diadakan.
B
Mereka mahu mematuhi nasihat Guru Besar.
C
Mereka mahu menjayakan rancangan melancong ke Tanah TinggiCameron.
D
Mereka mahu menjuarai pertandingan yang diadakan.
2Apakah pertandingan yang disertai oleh murid-murid Tahun EnamCemerlang?
A
Pertandingan Syarahan
B
Pertandingan Bola Sepak
C
Pertandingan Kebersihan Bilik Darjah
D
Pertandingan Sukan Antara Bilik Darjah
3Yang berikut merupakan sifat Najib kecuali
A
bijak.
B
pendiam.
C
bersemangat.
D
bekerjasama.
4
Apakah maksud rangkai kata memasang angan-angan?
A
memuaskan hati
B
menyimpan impian
C
menempuh dugaan
D
memberikan harapan
5Pilih penyataan yang tidak benar berdasarkan petikan.
A
Najib dan rakan-rakannya mahu memenangi pertandingan yang diadakan.
B
Siva dan Mariam ditugaskan untuk menjaga kebersihan kelas.
C
Pemenang pertandingan akan berpeluang melancong ke Tanah Tinggi Cameron.
D
Jumlah murid Tahun Enam Cemerlang lebih daripada tiga puluh orang.

No comments:

Post a Comment