Kata Nama Am
Kata nama am ialah kata nama yang digunakan untuk menyebut nama orang, binatang, benda, dan tempat secara am atau umum.
1. Benda : permaidani, tongkat, tikar, langsir, kotak, komik, biskut, roti, gelas, pinggan, piring, tempayan, botol, sangkar, selipar, kalendar
Ayat Contoh
1. Almari itu berpintu dua.
2. Kipas itu berpusing ligat.
3. Ayah membeli dua buah komputer baru.
2. Haiwan : monyet, bangau, siamang, landak, ular, serigala, singa, cacing, siput, jengking, kijang, seladang, pelanduk, tenuk
Ayat Contoh
1. Burung itu terbang tinggi di udara.
2 . Pak Lebai membeli dua ekor lembu jantan.
3 . Leher zirafah itu panjang sekali.
3. Manusia : penghulu, pekebun, wanita, pelajar, jurubina, pensyarah, emak, adik, tukang masak, penyelia, juruwang, wartawan, pengarah, seniman, pengetua
Ayat Contoh
1. Wanita itu paling dikehendaki oleh polis.
2. Adiknya bekerja sebagai seorang juruteknik.
3. Ibunya jarang menjenguknya di asrama.
4. Tempat : bank, klinik, perpustakaan, asrama, hospital, plaza tol, pawagam, kafe taman bunga, pasar malam, pam minyak, pejabat, bengkel, restoran, universiti, maktab
Ayat Contoh
1. Mereka sering berkelah di pantai itu.
2. Orang ramai berkumpul di balai raya itu.
3. Kita digalakkan menyimpan wang di bank.
A. Dalam penulisan, kata nama am ditulis dengan huruf kecil pada pangkal katanya.
Contoh:
1. Encik Wong membeli sebuah kereta baru.
B. Kata nama am hanya ditulis dengan huruf besar pada pangkal katanya apabila digunakan pada permulaan ayat atau memulakan ayat cakap ajuk.
Contoh:
1. Masjid itu baru siap dibina.
2. “Ayam jantan saya berkokok pada setiap pagi,” kata Salman.
No comments:
Post a Comment